Pages

Sunday 28 June 2009

SOAL HATI DAN AQIDAH





Keimanan atau keyakinan yang jitu kepada Allah swt. dan i'tiqad yang sah adalah asas kepada sebarang bentuk amalan . Amalan yang ditunaikan sekalipun teliti dan banyak , tidak memberi erti apa - apa justeru ia tertanggung di atas nilai aqidah . Allah telah mengumum perihal amalan orang - orang yang kufur ( rosak aqidahnya . )


و قدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هـباء منثورا


" Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan , lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan "


( Al Furqan 23 )


و من يرتدد منكم عن دينه فيموت وهو كافر فأولئك أصحاب الـنار هم فيها خالدون


" Dan barangsiapa dikalangan kamu yang berpaling dari ugamanya , lalu ia mati dalam kekafiran , maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni api neraka , mereka kekal di dalamnya . "


( Al Baqarah 217 )


Baginda Rasul saw. dalam orientasi membentuk kader perjuangan ini terlebih dahulu menusuk masuk nilai aqidah kepada para sahabatnya . Berasaskan kekuatan aqidah yang sedia terbentuk itulah Rasulullah saw menyusun strategi pelaksanaan syariat secara menyeluruh mengikut agenda Ilahi. Ammar bin Yaser , Bilal bin Rabah dan lain - lain sahabat rhm. telah membuktikan ketahanan aqidah mereka dan perkembangan gerakan jua amal Islami menyaksikan orang - orang yang telah teruji ini menjadi terajunya .


Kekuatan aqidah mendorong amalan yang berterusan sekalipun melintasi zon - zon sukar dan mencabar . Tidak dinafikan , zaman yang penuh fitnah dan mehnah ini memungkinkan amal Islami dikepung dan terdedah kepada bahaya pemupusan . Dalam kehidupan seharian manusia modern , peruntukkan waktu untuk amal Islami adalah peruntukan yang paling minima . Sebahagian besarnya dilangsaikan untuk kepentingan dunia dan perut .


Aqidahlah yang memainkan peranan sebagai pendesak untuk merealisasikan amal Islami. Seseorang yang beramal banyak tanpa aqidah , amalnya binasa dan orang yang tidak beraqidah umumnya tidak beramal .


Amalan hati


Suatu realiti pula bahawa amalan hati adalah sepenting - penting amalan dengan tidak menafikan pentingnya amalan - amalan anggota kerana hati ibarat ' ibu sawat ' dalam tubuh manusia yang menguasai amalan anggota - anggotanya .


Rasulullah saw. bersabda:


ألا و إن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب


" Ketahuilah bahawa pada jasad itu ada seketul daging , apabila baik ia maka baiklah seluruh jasad dan apabila rosak ia maka rosaklah seluruh jasad . Itulah hati. "


( Bukhari dan Muslim )


Hadis ini adalah isyarat bahawa baik buruknya amalan anggota bergantung kepada baik buruknya pula hati seseorang . Jika hatinya sejahtera tanpa cela, melainkan kecintaan yang tinggi kepada Allah dan senantiasa takut terjebak dalam kemunkaran maka secara automatik anggotanya pula menjadi sejahtera dari kecelaan .


Allah swt berfirman .


قد أفلح من زكاها و قد خاب من دساها


" Sesungguhnya telah beroleh kejayaanlah orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya . "


( Asy Syams 8-9 )


Amalan hati ialah ialah membentuk dan membersihkan hati dengan dihiasi pula oleh sifat - sifat mahmudah seperti :


1. ذكر الله mengingati Allah
2.
اتق الله takut kepada Allah
3. الصبر و المصابرة Sabar menghadapi kesukaran dan desakan nafsu
4. القناعة memadai dengan kurniaan Allah
5. الشكر syukur dengan pemberian Allah

6. الرضا redho terhadap qadha dan qadar Allah .
7. المجاهدة melawan keinginan nafsu
8.
المحاسبة menghisab dan menginsafi diri
9. المعاقبة menghukum diri kiranya melakukan dosa
10. التوبة memohan ampun yang berterusan dari Allah


Amalan -amalan hati ini merupakan kesaktian individu muslim yang mampu mengubati barah hati yang bakal menjerumuskan sesorang itu kelembah neraka Jahannam .




Tanda -tanda ' Barah hati :


1.
اتباع المتشابهة من القرآن

( mengikut ayat - ayat kesamaran untuk mencetus fitnah )


فأما الذين فى قلوبهم زيغ فيتبعون ما تشابه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تأويله و ما يعلم تأويله إلا الله


" Adapun orang - orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan , mereka mengikut sebahagian ayat - ayat kesamaran untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari - cari ta'wilnya padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah . "


( Al Imran 7 )


2.
الـنـفـاق ( munafiq - talam dua muka )


و من الناس من يقول ءامنا بالله و باليوم الأخر و ما هم بمؤمنين يخادعون الله والذين ءامنوا و ما يخدعون إلا أنفسهم و ما يشـعرون فى قلوبهم مرض فزاد هم الله مرضا و لهم عذاب أليم بـما كانوا يكذبون .


" Diantara manusia ada yang mengatakan kami beriman kepada Allah dan hari kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang - orang yang beriman . Mereka mahu menipu Allah dan orang - orang yang beriman , padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sedar . Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah akan penyakitnya dan bagi mereka azab siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta . "


( Al Baqarah 8-10 )


3.
التـمرد على حكم الله و الرسول

( sombong terhadap hukum - hukum Allah dan rasulnya.)


و إذا دعوا إلى الله و رسوله ليحكم بينهم إذا فريق منهم معرضون و إن يكن لهم الحق يأتوا إليه مذعنـيـن أفى قلوبــهم مرض أم ارتــابوا أم يخـــافوا أن يحيف الله عليهم و رسوله بل أولئك هم الـظـالـمون .


" Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasulnya , agar rasul menghukum dikalangan mereka , tiba - tiba sebahagian mereka menolak untuk datang . Tetapi jika keputusan itu untuk kemaslahatan mereka , mereka datang kepada rasul dengan patuh . Apakah ketidak datangan mereka itu kerana dalam hati mereka ada penyakit atau kerana mereka ragu - ragu ataukah kerana takut kalau - kalau Allah dan Rasulnya berlaku dholim kepada mereka ? sebenarnya mereka itulah orang -orang yang dholim ."


( An Nur 48-50 )


4. المسارعة فى موالاة الكافرين ( berkepimpinankan orang - orang kafir )


5. الطمع فى المعصية و الرغبة فيها ( ketagih maksiat )


6. التقاعـس عن الجهـاد ( resah gelisah / rimas terhadap jihad )


Firman Allah swt :

" Dan orang -orang yang beriman berkata , mengapa tiada diturunkan suatu surah ,
و يقول الذين ءامنوا لولا نزلت سورة فإذا أنزلت سورة محكمة و ذكر فيها القتال رأيت الذين فى قلوبـهم مرض ينظرون إليك نظر المغشى عليه من الموت فـأولى لـهم


maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya perintah perang , kamu lihat orang - orang yang ada penyakit didalam hatinya , memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan kerana takut mati dan kecelakaanlah bagi mereka . "


( Muhammad 20 )


Tuntutan supaya disempurnakan kedua -dua amalan ( hati dan anggota ) tetap menjadi tuntutan syara' yang mesti ditunaikan , sungguhpun martabat tuntutan keduanya berbeza .

Diriwayatkan bahawa Lokman Al Hakim telah diarahkan oleh tuannya supaya menyembelih seekor kambing dan diserahkan kepadanya dua bahagian yang paling baik dari kambing itu . Lalu Lokman Al Hakim membawa lidah dan hati . Kemudian diperintah supaya menyembelih kambing yang lain dan dicampakkan dua bahagian yang paling buruk , lalu dicampakkan lidah dan hati .


Maka berkata tuannya , apabila aku mengarahkan kamu bawa dua yang paling baik kamu bawakan lidah dan hati dan apabila aku arahkan kamu buang dua yang paling buruk , kamu buang lidah dan hati . Maka jawab Lokman Al Hakim .Tiada yang paling baik dari keduanya apabila kedua -duanya baik dan tiada yang lebih buruk dari keduanya apabila keduanya buruk .


Aqidah adalah asas kepada amal dan amalan hati lebih penting daripada amalan anggota . Menghasilkan kesempurnaan kepada kedua - duanya dituntut syara' sekalipun berbeza martabat tuntutan itu
.

Antara punca tergugatnya kekuatan dalaman , dalam menangani apa jua masaalah yang mencetus krisis peribadi dan seumpamanya dalam gerakan Islam kini adalah bermula dari kerosakan ' ibu sawat ' nya


Diadaptasi dari blog Ust Nasruddin Tantawi

Saturday 27 June 2009

TINGGAL DI TEBING YANG CURAM

tengah tengok-tengok internet malam ni, terjumpa cerita pasal Bandar-bandar cantik di dunia ni, antaranya adalah bandar-bandar yang berada di tebing yang curam. Macam mana lahmanusia boleh terfikir nak buat rumah dekat kawasan macam ini

Antara bandar yang pelik tu adalah Ronda (Spain) Terletak didaerah pegunungan di ketinggian 750 meter diatas permukaan laut. Ronda terletak di di propinsi Malaga diatas tebing curam berkedalaman 100 meter yang bernama " El Tajo " bandar Ini di bangunkan pada abad ke-18.




Bonifacio (Corsica): 70 meter Diatas Laut Mediterania Bonafacio terletak di selatan pulau Corsica merupakan kawasan penduduk terpadat di pulau tersebut. bandar ini terletak di tebing yg berketinggian 70 meter di atas permukaan laut yang dinamakan 'white limestone cliffs', diterpa angin dan gelombang dari laut mediterania.




Castellfolit de la Roca (Spain): 50 meter diatas Tebing Batu Yang Terjal, bandar ini dikelilingi oleh sungai Fluvià dan Toronel.




Santorini (Greece): 300 meter diatas permukaan laut(high Paradise) Terletak di 200 km sebelah selatan dari pulau utama di yunani, pulau ini terbentuk akibat letusan gunung api.




Manarola (Italy): Kota yang Paling Berbahaya Di Itali Kota ini sangat menyeramkan karna terletak di tebing yang curam dan terjal. kota ini telah dibangun sejak zaman romawi kuno.



Indahnya pemandangan di bandar-bandar ni, ini membuatkan aku nak tak sabar nak pergi melancung cuti-cuti ni,tapi gerun jugak kalau tinggal dekat Bandar macam ni.

Thursday 25 June 2009

BANGUNKAN FIKIRAN ANDA







Islam bukan ugama yang jumud atau beku . Sebaliknya Islam adalah ugama yang memartabatkan ilmu dan para ilmuan ( ulama' ) . Justeru itu Islam tidak memenjarakan aqal manusia sebaliknya Islam membebaskan aqal agar ia dapat mengamati tanda - tanda keagongan Ilahi yang terpahat pada wajah alam semesta ini .


Bertitik mula dari situ , aqal akan bebas dari belenggu kejahilan , khurafat dan nifaq . Aqal adalah satu jentera automotif yang berfungsi mengendali kesempurnaan insani . Jua sebagai cahaya fluorescence untuk mengesan kepalsuan dan kebatilan .


Aqal yang bebas akan meneliti dan mengkaji sekaligus menerokai lautan ilmu agar ianya bermanafaat untuk ketamaddunan manusia yang tunduk dan akur terhadap keagongan Ilahi serta menyelamatkan manusia dari sumpah kebodohan dan kebejadan .

Firman Allah swt .


قـل هل يسـتوى الذين يعـلـمون و الذين لا يـعلـمون إنـما يتذكر أولوا الألبـاب


" Katakanlah , adakah sama orang - orang yang mengetahui dengan orang - orang tidak mengetahui sesungguhnya orang - orang yang beraqallah yang dapat menerima pelajaran. "


( Az Zumar 9 )


يـرفع الله الذيـن ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجـات و الله بـما تعملون خبـير


" Allah akan meninggikan orang - orang yang beriman di antaramu dan orang - orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darajat dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan ."


( Al Mujadalah 11 )


Setiap peribadi Muslim dimana jua posisinya dalam masyarakat mestilah berilmu terutamanya ilmu - ilmu fardhu ain lantaran ilmu - ilmu inilah yang akan memimpin amal. Tanpa ilmu , seseorang yang beramal akan menjadi sesat sementara berilmu tanpa amal pula adalah sia - sia .


Menyedari persaingan di era informasi kini , kita tidak seharusnya berbangga dengan kegemilangan sejarah lampau semata - mata , tetapi kaku untuk membina sejarah gemilang di masa depan .


Saingan yang wujud , memaksa kita membangunkan aqal dari tidur yang lama untuk kembali menguasai suasana ( yang sekian lama dikuasai oleh kuffar antarabangsa ) dengan mempelajari , mengkaji dan memiliki sarana - sarana yang membantu kekuatan ummah seperti teknologi modern dan kuasa politik .


Zaman untuk membincangkan darah nyamuk najis atau tidak telah lama berlalu , malah kini semua pihak harus meredakan khilaf dalam persoalan furu' dengan menumpukan kepada suatu persoalan yang lebih besar demi maslahah ummah keseluruhannya seperti menumbangkan kuasa thoghut dan sekular , serentak itu di daulatkan syariat Islam secara menyeluruh .


و من يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخـرة من الـخـسرين


" Dan barang siapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidup, maka ianya tidak diterima dan kelak di akhirat ia terdiri daripada golongan orang - orang yang rugi"


( Al Imran 85 )

Islam membebaskan akal , menggalakkan pengamatan terhadap alam sekitar dan memartabatkan kedudukan ilmu dan ulama' serta mengalukan - alukan kebaikan yang membawa manafaat. . Hikmah adalah suatu yang hilang dari orang mu'min , barang siapa mendapatinya maka ialah yang terlebih berhak memilikinya .

Diadaptasi dari blog Ust Nasruddin Tantawi

Tuesday 23 June 2009

PERANAN AQAL DAN SYARA'






Aqal dan syara' adalah dua bidang yang adakalanya berbeza pengamatan dan tidak boleh diselaraskan seperti soal - soal ghaibiat ( perkara perkara ghaib : syurga , neraka, dosa , pahala , malaikat dan sebagainya kerana ia di luar bidang aqal untuk mengamatinya . ) Namun dalam perkara yang putus ( jelas ) dan telah menjadi kenyataan, tidak akan berlaku percanggahan antara keduanya ( aqal dan syara' ) seperti keimanan kepada Allah sebagai tuhan yang satu dan berkuasa penuh ke atas semua makhluk .


Pertembungan juga tidak berlaku antara hakikat ilmiah yang shohih dengan kaedah syara' yang thabit seperti peringkat kejadian dan pertumbuhan janin dalam perut ibu . Sementara perkara yang tidak diputuskan oleh syara' dan tidak pula oleh aqal , boleh diselaraskan supaya ia bersesuaian dengan perkara - perkara yang bersifat qati'e (putus)


Jika penyelarasan itu gagal ( ertinya aqal dan syara' tetap tidak putus dalam satu - satu perkara ) maka terlebih utama kepada kita mengikut syara' sehinggalah aqal dapat memutuskannya ( jelas dan berbukti ) atau pengamatan aqal yang dhonni ( tidak putus ) itu tidak digunakan lansung .


Nokhtah ini memberi erti bahawa aqal , sungguhpun diberi ruang luas untuk mengkaji dan melakukan eksperimen namun kemampuannya tetap terhad dan tidak bersifat mutlak. Sementara syara' , dimana Al quran menjadi sumbernya adalah suatu yang mutlak justeru Al quran bukan buku teori sebagaimana buku - buku lain tetapi ia adalah kitab hidayah .

Allah berfirman :


فمن اتبع هداى فـلا يضـل و لا يشـقى و من أعـرض عن ذكرى فـإن له معيشـة ضـنكا و نحشـره يوم القيامة أعـمـى


" Maka barangsiapa yang mengikut petunjukku ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. dan barangsiapa berpaling dari peringatanku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami kan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta . "


( Taaha 123-124 )


Mereka yang hanya menggunakan khidmat aqal dalam semua perkara tanpa merujuk kepada kepastian syara' seperti golongan Aqlaniyyah ( عـقـلانـيـة ) boleh menjerumuskan mereka ke lembah kekufuran .

Seperti peristiwa Isra' dan mikraj , dikaji dengan aqal dari sudut peristiwanya , apabila mereka merasa tidak logik lalu mereka menafikan peristiwa agong itu . ( Maka penafian mereka samalah dengan penafian Abu Lahab dan Abu Jahal terhadap peristiwa Agong ini.


Penggunaan aqal jangan disalah pakai . Aqal mempunyai ruang bidang laksana fius yang hanya boleh menerima kadar aliran elektrik dalam had atau watt yang tertentu sahaja . Melebihi kadar yang ditetapkan , akan mengundang malang yang tak berkesudahan .

Keghairahan berteori dan mengeluar hasil pandangan janganlah lari dari paksi Al quran sedang ia dibenarkan seluas - luasnya dalam perkara yang izinkan syara' . Seperti teori pertanian , pengairan dan seumpamanya .


Antara penyalahgunaan aqal , apabila menentukan nasib atau masa depan gerakan Islam ( Gerakan yang berusaha meninggikan syiar Allah ) sebagai masa depan yang gelap dengan hanya berpandu kepada teori politik dan tanggapan prejudis tanpa merujuk kepada janji - janji Allah yang pasti . Sedang Allah telah berfirman :


وعد الله الذين ءامنوا منكم و عملوا الصالحات ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم و ليمكنن لهم دينهم الذى ارتضى لهم و ليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدوننى لا يشركون بى شيئا و من كفر بعد ذلك فأولئك هم الفـاسقون .


“ Dan Allah telah berjanji kepada orang - orang yang beriman diantara kamu dan orang - orang yang mengerjakan amalan soleh bahawa Dia sungguh - sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka ugama yang telah diredhoiNya untuk mereka dan Dia benar - benar akan menukar keadaan mereka , sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa . Mereka tetap menyembahku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku . Dan barang siapa yang tetap kafir sesudah janji itu , maka mereka itulah orang - orang yang fasiq ”

( An Nuur 55 )

Kadang-kadang masaalah menurut pengamatan syara' dan pengamatan aqal tidak boleh diselaraskan antara satu sama lain , akan tetapi kedua - duanya tidak akan bercanggah dalam perkara yang putus dan menjadi kenyataan . Pertembungan juga tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang shohih dengan kaedah syara' yang thabit . Perkara dhonni ( tidak putus ) dari sudut aqal dan syariat , boleh diselaraskan supaya bertepatan dengan hakikat yang telah putus . Jika sekiranya pandangan akal dan syariat ( dalam satu - satu perkara ) masih dhonni maka pandangan syariat terlebih utama diikuti sehinggalah sabit pandangan aqal ( dapat buktikan hakikat ) atau ia menjadi gugur .



Diadaptasi dari blog Ust Nasruddin Tantawi