Pages

Wednesday, 6 July 2011

Peranan Muslimat dalam mendepani zaman



Dalam arus perkembangan dunia baru dengan cabaran yang sangat hebat, muslimat dilihat agak terkebelakang dalam memacu usaha untuk merealisasikan kebangkitan islam dari pelbagai sudut.
Peranan yang dimainkan oleh muslimat penggerak gerakan islam dilihat masih jauh dari yang diharapkan. Suasana ini perlu diubah untuk mewujudkan kebangkitan yang menyeluruh untuk generasi akan datang

 Golongan muslimat perlu berperanan dalam keluarga dan masyarakat untuk memberi sumbangan dalam masyarakat dan merealisasikan perubahan kepada zaman yang baru Mengaktifkan peranan muslimat dalam masyarakat umum, peranan muslimat dalam masyarakat adalah penting bagi melengkapkan peranan kaum lelaki, antara kerja-kerja yang perlu diaktifkan:
1. Menyedari tanggungjawab mereka dalam kebangkitan ummat
2. Bekerja untuk menghubungkan muslimat dalam segenap bidang dalam masyarakat
3. Memajukan muslimat dalam semua lapangan antaranya ( ilmu-politik-agama-kesihatan-ekonomi-kemasyarakatan)
4. Komited dengan kerjaya dan menjadi contoh dalam masyarakat
5. Menyebarkan ilmu dan pengalaman untuk kesinambungan generasi.
6. Menyedari perancangan dunia barat untuk memisahkan mereka dari budaya dan nilai-nilai murni islam




 Peranan yang perlu diambil berat:
1. Peranan muslimat dalam penyertaan politik:
• meningkatkan kesedaran politik dikalangan ahli keluarga dan masyarakat
• menyertai aktiviti politik samaada peringkat tempatan dan antarabangsa
2. Peranan muslimat dalam kerja-kerja persatuan:
• Mewujudkan persatuan atu NGO yang mampu membela kaum wanita dalam kehidupan seharian
• Mengaktifkan jawatankuasa muslimat dan mengaktifkan peranan muslimat dalam jawatankuasa induk.
• Kerja-kerja aktiviti sosial yang membolehkan muslimat menguasai aktiviti kemasyarakatan.
• Mewujudkan ruang dialog dan perbincangan khusus untuk muslimat
3. Peranan muslimat untuk mengambil bahagian dalam media dalam bentuk yang pelbagai.
• Pembinaan ikon media kalangan muslimat.
• Membina tapak untuk muslimat bersuara dalam pelbagai bidang.



 Ciri-ciri muslimat dalam kebangkitan islam:
Aqidah yang kukuh - rohaniah membangun - akhlak dan tingkah laku yang unggul - mempunyai kemahiran dan ilmu – bersama dalam tanzim dan gerakan- kesihatan dan tubuh badan terjaga - emosi terjaga.
Segala peranan dan tugas ini perlu difahami dan dijayakan oleh muslimat untuk membina generasi yang mampu menghadapi cabaran yang mendatang.

Friday, 1 July 2011



Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Kesempatan di bulan Rejab ini, PMRAM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan di bumi Mesir.

Di samping kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.

Surah Al-Isra’, ayat:1

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.



Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jibrail AS dan sebagainya.

Disediakan oleh :
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI
PMRAM 2011

Qada’ dan Qadar



Adakah apa yang terjadi pada manusia di dunia ini telah termaktub sejak azali lagi, kematian, rezeki, kejaan, kegagalan, kebahagiaan, kesensaraan, adakah kita ahli syurga atau neraka…. Jadi apa nilai usaha manusia kalau begitu?. Adakah doktor mampu menyelamatkan nyawa mereka yang ditimpa kemalangan?. Adakah kesungguhan, kerja yang berterusan, pengurusan perniagaan yang baik, pertanian yang baik mampu menambahkan rezeki ataupun rezeki kita sudah ditetapkan kadarnya… sama ada kita bekerja atau tidak?

Soalan-soalan diatas adalah soalan yang telah didengar sejak zaman –berzaman anda ingin tahu jawapan teruskan membaca….

1. Sesunggguhnya apa yang ada di dalam ala mini semua telah tertulis . ini adalah perkara yang sudah diketahui dalam agama dan tiada keraguan padanya, walaupun kita tidak mengetahui bagaimana ia ditulis, bentuk tulisannya, semua kita mengetahui bahawasanya Allah yang mencipta seluruh alam, samaada langit atau bumi, beku atau hidup, semuanya mengikut takdir yang ditetapkan sejak azali lagi. Allah mengetahui setiap perkara dan mengetahui bilangan-bilangannya. Sesungguhnya setiap apa yang terjadi dialam yang luas ini mengikut kehendak dan ilmu Allah, firman Allah:
وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِن قُرْآنٍ وَلاَ تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلاَّ كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُوداً إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاء وَلاَ أَصْغَرَ مِن ذَلِكَ وَلا أَكْبَرَ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Bermaksud: Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (surah yunus: 61)

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Bermaksud: Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" (surah al-an’am:59)

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Bermaksud: Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (surah al-hadid: 22)

2. Ilmu Allah yang menyeluruh, ditel, ketetapan yang sempurna terhadap semua perkara dan kejadian sebelum ia berlaku tidak menafikan kesungguhan dalam kerja dan pergantungan dengan sebab.



Sebenarnya, sebagaimana Allah yang menetapkan apa yang terjadi, begitu juga Allah menetapkan sebab kejadian itu, sebagaimana Allah menetapkan natijah begitulan Allah menetapkan penyebabnya, Allah tidak menulis seseorang yang mahu kejayaan ia boleh mencapainya dengan apa-apa cara sekalipun, tetapi Allah menulis kejayaan boleh dicapai dengan cara kesungguhan, kemahuan yang tiggi, usaha, kesedaran , kesabaran dan sebab-sebab lain yang membwa kepada kejayaan. Kedua-dua sebab dan musabab telah tertulis disisi Allah.

Ketika mana Nabi Muhammad S.A.W ditanya tentang ubat dan sebab penyenbuhan yang biasanya tidak digemari, apakah ianya menolak ketentuan Allah, Nabi menjawab: ia juga ketentuan Allah. (riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, At-Tarmizi yang mengatakan ia hadis hasan).

Ketika mana satu wabak di Negara Syam Saidina Omar bersama ahli-ahli mesyuaratnya yang adil telah menetapkan supaya ia bersama orang-orang muslimin keluar daripadanya, kemudia ada sahabat yang bertanya: wahai Amirul Mukminin adakah kita dari takdir Allah? Saidina Omar berkata: ia kita lari dari takdir Allah kepada takdir Allah. Adakah kamu tidak lihat jika ada dua kawasan tanah, salah satunya subur dan satu lagi tandus, jika kita bertani ditanah yang subur kita bertani dengan ketetapan Allah, jika kita bertani ditanah yang kontang kita bertani dengan ketetapan Allah.

3. Sesungguhnya takdir adalah perkara yang ghaib dan tersenbunyi, kita tidak mengetahui suatu ketetapan melainkan selepas ia terjadi, adapun sebelum ia terjadi kita disuruh mengikut sunnah alam, Allah menyuruh kita berusaha untuk dunia dan agama kita.

Sunnah Allah di muka bumi dan agama islam menuntut kita berusaha untuk mencapai sesuatu seperti mana yang dilakukan oleh manusia yang paling kuat imannya dengan Allah, Daqa’ danQadarnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Nabi semasa perperangan ia telah membuat persiapan untuk terteranya, menhantar perisik, memakai kelengkapan perang dan pelbagai langkah lagi yang menunjukkan Nabi sendiri berusaha untuk Berjaya.

4. Keimanan terhadap qada’dan qadar sebenarnya tidak menafikan kerja, usaha , kesungguhan dalam mencapai apa yang kita cita-citakan, ia juga tidak menghalang kita dari ditimpa apa yang kiata tidak suka, tidak layak seseorang mengatakan “ini adalah takdir Allah” melainkan setelah ia berusaha dan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya hasil dari keimananterhadap Qada’ dan Qadar ia akan mengelakkan perasaan putus asa setelah gagal walaupun berusaha bersungguh-sungguh, menjadikan seseorang berani walau dalam keadaan yang bahaya, sabar ketika mana ditimpa musibah dan redha dengan rezekinya yang halal walau sedikit.

Ia akan berkata: Allah tidak akan menimpakan bencana melainkan ia sudah ditakdirkannya – semuanya ketetapan Allah, ai melakukan apayang ia mahu – berkata kepada pemimpin yang zalim: kamu tidak boleh menghalang rezeki yang telah ditetapkan kepadaku dan tidak boleh mempercepatkan ajalku. Seperti mana firman Allah:

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّن بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاساً يَغْشَى طَآئِفَةً مِّنكُمْ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ الأَمْرِ مِن شَيْءٍ قُلْ إِنَّ الأَمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ يُخْفُونَ فِي أَنفُسِهِم مَّا لاَ يُبْدُونَ لَكَ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَاهُنَا قُل لَّوْ كُنتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحَّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Bermaksud:Kemudian setelah kamu berdukacita (setelah kalah perang), Allah menurunkan kepada kamu ketenangan (berupa) mengantuk yang dirasai segolongan dari pada kamu, sedang segolongan lagi telah diragukan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka sesuatu yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah. Mereka berkata: "Apakah ada bagi kita sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?". Katakanlah: "Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah". Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: "Sekiranya ada bagi kita walau sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, nescaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini". Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (surah ali imran: 154)



Sesungguhnya qada’ dan qdar jika diimani dengan pemahaman yang benar, kita mampu membentuk satu ummah yang tekun, rajin dan bersungguh-sungguh dalam membina sejarah ketamadunan dunia.

Wednesday, 29 June 2011

Wanita dan Agama



Di mesir pelajar melayu yang sebelum ini di dominasi oleh pelajar-pelajar pengajian islam dari Universiti Al-Azhar adalah wanita yang merupakan bakal ustazah dan pembimbing masyarakat sentiasa memakai pemakaian yang mengikut adab islam, suasana ini tidak pelik kerana mereka berasal dari sekolah agama. Kemudian kebanjiran pelajar kalangan sains perubatan yang berasal dari aliran persekolahan yang pelbagai telah menukar suasana di negara ini. Suasana anak melayu hampir menyamai universiti-universiti tempatan di Malaysia.

Wanita secara umumnya lebih mementingkan agamanya daripada lelaki, mereka lebih mencintai Allah S.W.T dan Allah mengkhususkan mereka dengan sifat perihatin, lemah-lembut dan penyayang menjadikan mereka lebih dekat dengan fitrah agama islam berbanding lelaki. Jika diperhatikan dan keperihatinan mereka dalam agama lebih berbanding lelaki, mereka lebih bersungguh-sungguh untuk mengikuti agama dan lebih takut kepada balasan seksa di akhirat kelak.

Hakikat ini menjadikan kita percaya bahawa pengaruh kemodenan barat, perang pemikiran dan budaya barat yang cuba untuk merosakkan wanita islam, menanggalkan pakaian yang mengikut syara’ daripada mereka dan meragut budaya islamiah masih belum Berjaya sepenuhnya. Muslimat-muslimat kita masih mempunyai jiwa agama dan dan aqidah islam. Hakikatnya islam masih mempunyai kemampuan untuk memenangi pertembungan ini dengan jihad, perancangan dan bantu-membantu antara seluruh pendokong dan pejuangnya.

Dalam dunia hari ini kita lihat wanita dari pelbagai bidang telah memilih dan beriltizam dengan syariat dan adab islam walaupun berada dizaman yang mana serangan pemikiran dan budaya dari luar dan dalam amat hebat. Kalau kita lihat kepada pelajar universiti sendiri ramai yang sudah kembali kepada agama dan menolak serangan pemikiran dan budaya yang datang.



Pemakaian jubah dan purdah bukanlah perkara pelik sekarang walaupun ia adalah pelik dan ganjil satu masa dahulu. Jika diperhatikan pada wanita yang masih memakai pakaian ala barat yang keluar dari adab islam sekalipun masih menjaga ibadat mereka seperti solat dan puasa, berlumba-lumba menunaikan haji dan umrah serta menunaikan rukun-rukun agama.

Ini bermakna benih agama dalam hati mereka masih belum mati, jika disemai dan dijaga dengan baik akan menjadikannya tumbuh , membesar, berbunga dan berbuah, akan mampu diperolehi hasilnya dalam waktu yang hampir, Insyaallah.

Perubahan dan penghijrahan ke arah kebaikan amat didambakan dari generasi ini untuk membawa dan mendokong kebangkitan islam yang sinarnya makin cerah dan meninggi di seluruh pelusuk dunia.

Sunday, 26 June 2011

Pengenalan Konsep Usrah (3)



Pengisian Usrah:
- Solat Fardu secara berjamaah
- Berwirid
- Membaca zikir ma,thurat dan doa
- Membaca Al_quran: menyemak hukum tajwid, tafsir surah dan ayat pilihan
- Huraian Hadis: kefahaman terhadap hadis
- Sirah Nabawiyyah: membaca, mengkaji sirah Rasullullah dan sahabat-sahabatnya



- Fikrah islam: memahami konsep islam dan kewajipan sebagai seorang muslim. Penyampaiannya perlu mengikut tahap kefahaman ahli usrah
- Muhasabah: penekanan terhadap pembentukan akhlak, penyakit hati, ukhuwah, keikhlasan, kematian.
- Perbincangan am:hal-hal berkaitan dengan ahli usrah seperti mengenai fardu ain dan fardu kifayah, masalah semasa ahli, perbincangan hasil kajian dan pembacaan yang ditugaskan, nasihat dan arahan, projek dan aktiviti luar usrah, menentukan usrah akan datang dan membincangkan masalah organisasi.
- Isu semasa:fakta-fakta dan peristiwa setempan, kebangsaan dan antarabangsa, implikasinya terhadap islam, umatnya dan harakah serta peranan yang harus kita mainkan
- Bersurai: tasbih kifarah dan Surah Al Asr
- Aktiviti tambahan:
.rehlah atau lawatan ketempat bersejarah dan sebagainya
.sukan dan perkelahan
.berpuasa dan berbuka bersama
.sembahyang berjamaah bersama (waktu-waktu tertentu)
.berqimullail bersama



* Manhaj usrah di setiap peringkat berbeza-beza, naqib dqn naqibat wajib mengikut manjah yang telah ditetapkan jamaah untuk pelaksanaan usrah
* Naqib perlu memahami sifat dan tahap setiap ahli usrahnya supaya usrah itu dapat mencapai matlamat dan objektifnya.

Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Nukilan: A Samad Said

Saturday, 25 June 2011

Pengenalan Konsep Usrah (2)

Sejarah Usrah:
Bermula pada zaman Rasulullah sallallahualaihi wasallam apabila bilangan yang memeluk agama islam meningkat kepada 30 leleki dan wanita. Rasullullah telah memilih sebuah yang terpencil, iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran islam, tunjuk ajar dan nasihat. seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 oarng lagi memeluk islam. kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat quraisy.



Rukun-rukun Usrah:
Terdiri daripada 3 perkara yang perlu di beri perhatian oleh semua ahli usrah, supaya dapat mencapai tujuan penyertaan ahli dalam usrah. 3 rukun tersebut ialah:
- At-Taaruf (berkenalan)
- At-Tafahum (bersefahaman)
- At-Takaful (bantu-membantu)

1. At-taaruf
Setiap ahli hendaklah berkenalan antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana Allah S.W.T. mereka perlu menyedari dan memahami erti ukhuwah islamiah yang sebenar.Nama, pekerjaan, umur, latar belakang, pendidikan, tempat tinggal, pengalaman hidup perlu dikongsi bersama sehingga masing-masing merasakan setiap anggota adalah sebahagian dari dirinya.



Allah berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُون
bermaksud:Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.



Sabda Rasullullah:
مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى شيئا تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
bermaksud: perbandingan orang-orang beriman dan kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka adalah seperti badan yang satu, apabila mana-mana anggota badan menyadukan hal (sakit), maka seluruh badan akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam.

2.At-Tafahum
Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak, ia penting kerana ikatan tidak dapat dibentuk tanpa persefahaman yang mantap dikalangan anggota. Apabila persefahaman wujud segala teguran dan nasihat akan berkesan, kasih-sayang akan tersemai serta hilang syak wasangka dan hasad dengki.
Nasihat diberi dengan cara yang baik dan penuh kasih-sayang tanpa memendang rendah orang yang dinasihati dan merasa diri lebih mulia atau hebat. Saudara yang menerima nasihat pula tidak berkecil hati, menunjukkan kedegilan dan keras kepala malah berlapang dada dengan teguran dan nasihan itu. ia adalah martabat yang penting dalam ukhuwah bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W:
الدين النصيحة, قلنا لمن يا رسول الله قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
bermaksud: agama itu nasihat. kemudian sahabat bertanya: bagi siapa, Nabi menyambung: bagi Allah, kitabnya, rasulnya, pemimpin-pemimpin umat islam dan manusia keseluruhannya.



3. At-Takaful
Memelihara nasib saudaranya hingga tiada yang terbiar dan terpinggir antara mereka, mereka saling memikul bebanan antara mereka. Ia merupakan tunjang keimanan dan intisari ukhuwah yang sejati.

Sabda Rasullullah:
لئن يمشي أحدكم في حاجة أخيه خير له من أن يعتكف في مسجدي هذا

bermaksud:sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan di masjid ku ini.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan malaksanakan rukun-rukun usrah ini sebaik mungkin. kita mesti saling percaya-mempercayai dan menjaga rahsia ahli usrah. Bagi para naqib dan naqibat pula, laksanakan tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwah islamiyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan pertolongan Allah sentiasa bersama dengan kita.