Pages

Wednesday 6 July 2011

Peranan Muslimat dalam mendepani zaman



Dalam arus perkembangan dunia baru dengan cabaran yang sangat hebat, muslimat dilihat agak terkebelakang dalam memacu usaha untuk merealisasikan kebangkitan islam dari pelbagai sudut.
Peranan yang dimainkan oleh muslimat penggerak gerakan islam dilihat masih jauh dari yang diharapkan. Suasana ini perlu diubah untuk mewujudkan kebangkitan yang menyeluruh untuk generasi akan datang

 Golongan muslimat perlu berperanan dalam keluarga dan masyarakat untuk memberi sumbangan dalam masyarakat dan merealisasikan perubahan kepada zaman yang baru Mengaktifkan peranan muslimat dalam masyarakat umum, peranan muslimat dalam masyarakat adalah penting bagi melengkapkan peranan kaum lelaki, antara kerja-kerja yang perlu diaktifkan:
1. Menyedari tanggungjawab mereka dalam kebangkitan ummat
2. Bekerja untuk menghubungkan muslimat dalam segenap bidang dalam masyarakat
3. Memajukan muslimat dalam semua lapangan antaranya ( ilmu-politik-agama-kesihatan-ekonomi-kemasyarakatan)
4. Komited dengan kerjaya dan menjadi contoh dalam masyarakat
5. Menyebarkan ilmu dan pengalaman untuk kesinambungan generasi.
6. Menyedari perancangan dunia barat untuk memisahkan mereka dari budaya dan nilai-nilai murni islam




 Peranan yang perlu diambil berat:
1. Peranan muslimat dalam penyertaan politik:
• meningkatkan kesedaran politik dikalangan ahli keluarga dan masyarakat
• menyertai aktiviti politik samaada peringkat tempatan dan antarabangsa
2. Peranan muslimat dalam kerja-kerja persatuan:
• Mewujudkan persatuan atu NGO yang mampu membela kaum wanita dalam kehidupan seharian
• Mengaktifkan jawatankuasa muslimat dan mengaktifkan peranan muslimat dalam jawatankuasa induk.
• Kerja-kerja aktiviti sosial yang membolehkan muslimat menguasai aktiviti kemasyarakatan.
• Mewujudkan ruang dialog dan perbincangan khusus untuk muslimat
3. Peranan muslimat untuk mengambil bahagian dalam media dalam bentuk yang pelbagai.
• Pembinaan ikon media kalangan muslimat.
• Membina tapak untuk muslimat bersuara dalam pelbagai bidang.



 Ciri-ciri muslimat dalam kebangkitan islam:
Aqidah yang kukuh - rohaniah membangun - akhlak dan tingkah laku yang unggul - mempunyai kemahiran dan ilmu – bersama dalam tanzim dan gerakan- kesihatan dan tubuh badan terjaga - emosi terjaga.
Segala peranan dan tugas ini perlu difahami dan dijayakan oleh muslimat untuk membina generasi yang mampu menghadapi cabaran yang mendatang.

No comments:

Post a Comment