Pages

Thursday 7 May 2009

MENGUMPAT

Tertarik melihat islam yang disemadikan dalam diri umatnya, melalui ajarannya yang lengkap lagi sempurna, yang mana ia tidak membenarkan setiap umatnya memakai perbuatan dan sifat-sifat mazmumah (keji) sebagai pakaian kehidupan mereka. Perkara-perkara itu seperti hasad dengki, penghinaan, penginayaan, penipuan dan pelbagai lagi.

Satu sikap yang manusia sangat selalu menjadikannya pakaian dalam kehidupannya ialah umpat-mengumpat, sebab banyak orang yang mengumpat, tak sedar dia buat dosa. Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan setiap umatnya untuk menyembunyikan aib orang lain.

Tapi sebenarnya ade beberapa keadaan mengumpat ni dibenarkan, selain daripadanya adala haram dan berdosa, maka jauhilah. Beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam, Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut:

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Jadi sape yang rasa dia berkata tentang keburukan orang lain selain dari keadaan-keadaan tadi, maka segeralah minta maaf kepada yang diumpat dan taubatlah dengan taubat yang nasuha.

No comments:

Post a Comment