Pages

Thursday 31 December 2009

16 Golongan Yang Tidak Dapat Melihat Allah



Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ


Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)[ آل عمران : 77


Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.



عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داود وصححه الألباني


Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”
Hadith Sahih riwayat Abu Daud .

3. Orang Tua yang Berzina
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
“Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”
Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)



5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah berfirman : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan

وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda
”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa
Rasulullah bersabda:

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayyuth
Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah
Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal
Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).
Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau
المسبل إزاره المختال في مشيته
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16. Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”
Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasaie .

Tulisan:Ustaz Ghani Shamsudin

Santai: Cerita Juha



Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama dan juga dari kampung yang bersebelahan.

Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan, jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi, sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu: “Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah”



Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik: “Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan?” Aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: “Oh... minta maaflah wahai tuan, sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!”.

Thursday 24 December 2009

PAS penerus perjuangan Rasullullah S.A.W


Itulah kesimpulan yang dapat diambil dari pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :

1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.



3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini"

sila lawati: link

Sunday 13 December 2009

Pemuda-Pemudi dalam menghadapi cabaran



فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم . ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار


Pemuda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah . Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan pemuda di saf hadapan perjuangan. Memprogramkan pemuda antara agenda baginda Rasul saw . dalam menggerakkan dakwah dan mengibar panji Islam di muka bumi Allah ini.

Generasi awal ( السابقون الأولون ) yang telah berkorban tenaga dan nyawa untuk mengemudi misi dan visi risalah As-Samawiah juga terdiri dari golongan pemuda.

Sabda Rasulullah saw. أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ

Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang - orang tua menyanggahiku .

Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة

Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda - pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )

Sebagai seorang pemuda dan pemudi yang melibatkan diri dengan gerakan Islam , sememangnya akan menghadapi cabaran-cabaran perjuangan yang tak mudah untuk diatasi. Justeru itu , pemuda dan pemudi tak selayaknya alpa dibuai mimpi sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar.

CABARAN-CABARAN YANG AKAN DIHADAPI

Sekurang-kurangnya 5 cabaran utama yang akan ditempohi oleh pemuda/i dalam menyusuri susur galur perjuangan membina kewibawaan ummah dan keunggulannya. Cabaran-cabaran yang dimaksudkan ialah :[1]
1. Ancaman Syaitan dan hawa nafsu
2. Serangan pemikiran
3. Keruntuhan moral
4. Tentangan pemerintahan sekular
5. Cengkaman rasa putus asa terhadap Amal Islami

saya ingin membicarakan cabaran pertama dan utama bagi pemuda ( تحديات الشيطان و النفس و الهوى )

Antara faktor yang menyesatkan manusia ialah :
• Was-was syaitan yang menjerumuskan وسوس الشياطين المغوية
• Bisikan nafsu ammarah إيحاءات النفس الأمارة
• Desakan hawa yang menggalak نزغات الهوى المتبع

Was-was syaitan yang menjerumuskan .

Firman Allah swt : Maksudnya : Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
( Al Hijr 39 - 40 )

Syaitan adalah satu anasir yang mampu membunuh aqidah ummah sekaligus menjerumuskan mangsanya ke Lembah Jahannam . Ia tidak pernah mengenal simpati malah mereka menghasut manusia dengan penuh semangat dendam kesumat dan rasa permusuhan yang berpanjangan .
Firman Allah swt : Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
( Al - Faatir 6 )



Justeru itu, pemuda dan pemudi selayaknya mempersiapkan diri dengan beberapa noktah penting iaitu :

• Perlakukan syaitan itu sebagai musuh ( jangan sekali-kali berkawan dan memberi ruang kepada syaitan menghampiri )

• Istiqamah di atas Manhaj Rabbani

• Mempertingkatkan keimanan kepada Allah

• Memohon perlindungan daripada Allah

• Mempertingkatkan taqwa kepada Allah

• Menghidupkan hati dan anggota dengan zikrullah dan ibadah yang berterusan.

• Ikhlas dalam amal dan tindakan Tanpa persiapan sedemikian, pemuda dan pemudi akan terperangkap dalam manipulasi syaitan yang amat licik

Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” seseorang itu mudah dipengaruhi.

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبل هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ
رواه الحاكم


Maksudnya : Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain : Hidupmu sebelum datang matimu , sihatmu sebelum datang sakitmu , kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu , mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu .

Sabda Rasulullah saw :

لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ : عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه

Maksudnya : Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara :Ke manakah dihabiskan umurnya , bagaimana ia manafaatkan usia mudanya , dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya .
( Riwayat At- Tarmizi )

Bisikan Nafsu Ammarah Nafsu adalah satu elemen yang wujud dalam kehidupan manusia dan ia mempunyai dua posisi samada baik ataupun jahat.

Firman Allah swt : Maksudnya : Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa . Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) , dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
( Asy - Syam 7 - 10 )

PEMBAHAGIAN NAFSU

1. Nafsu Ammarah النفس الأمارة بالسؤ

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
( Yusuf 53 )

Nafsu yang tidak lahir dari iman dan tidak pula hasil dari ketaqwaan . Malah , tidak komited dengan syariat Addin Rabbani . Justeru itu, ia adalah nafsu yang banyak mendorong angkara jahat dengan menggerakkan nafsu syahwat di samping menerima baik was-was syaitan.



2. Nafsu Lawwamah النفس اللوامة

Firman Allah swt :

لا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ وَلا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ

Maksudnya : Aku bersumpah dengan Hari Kiamat ; dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! Nafsu yang sering mencela dirinya diatas kesilapan dan kesalahan yang lalu dan menyesal diatas apa yang telah dilakukan.
Namun, ia masih jua terperangkap dalam noda dan dosa yang sering dicelanya itu.

3. Nafsu Mutmainnah

Firman Allah swt : Maksudnya : (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
( Al - Fajr 27 - 30 )

Nafsu yang tetap tenang dan utuh diatas iman , taqwa dan Islam. Desakan Hawa yang Menggalak نزغات الهوى المتبع Suatu desakan yang mengundang dosa dan noda tanpa mempeduli ancaman balasan neraka serta kemurkaan Allah swt.

Was-was syaitan dan nafsu Ammarah memainkan peranan yang utama dalam mencetuskan desakan bernoda sehingga manusia terjerumus dan terlanjur melakukan kejahatan dan kerosakan.

Firman Allah swt ; Maksudnya : Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
( Al - Jathiyah 23 )

Firman Allah swt : Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
( Al Mukminun 71 )

Firman Allah swt : Maksudnya : Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
( Shaad 26 )

Antara yang selayaknya dilakukan oleh pemuda dan pemudi untuk menyelamatkan diri dari terpedaya oleh desakan hawa nafsu yang liar ialah sebagaimana berikut :

• Kejituan iman
• Memenuhi kelapangan dengan perkara yang bermaanfat
• Sahabat handai yang soleh (termasuk isteri yang solehah)

ketahanan jiwa amat penting dalam menjalani hidup dizaman muda yang pastinya penuh ranjau dan duri, oleh itu panjatkanlah doa kepada allah supaya diteguhkan hati berada dijalannya.


adaptasi dari:
الشباب المسلم في مواجهة التحديات : Oleh Abdullah Nasih Ulwan

Thursday 3 December 2009

Bertaubatlah, tunggu apa lagi?



Yang paling berguna bagi manusia adalah ketaatannya kepada Tuhannya. Yang paling membahayakan dirinya adalah berbuat maksiat kepada Tuhannya. Tiada yang lebih berbahaya bagi manusia, di dunia dan akhiratnya daripada dosa-dosa dan kesalahannya. Bahkan dosa dan kesalahan itu juga berbahaya bagi seluruh masyarakat, tidak bagi orang yang berdosa sahaja. Seperti firman Allah SWT :
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لاَ تُصِيْبَنَّ الَّذِيْنَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً

"Dan peliharalah dirimu daripada pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu".

Bahkan dosa dan kesalahan itu juga berbahaya bagi lingkungan juga: daratan dan lautan. Haiwan dan tetumbuhan, juga bagi keseimbangan seluruh kosmos. Seperti kita baca tentang lubang "ozon", dan sebagainya.

Seperti kita telah ketahui, seluruh anak Adam pernah melakukan dosa, dan sebaik orang yang mekukan dosa adalah mereka yang bertaubat. Di antara bentuk rahmat Allah SWT bagi manusia adalah dengan memberi mereka "pencuci--pembersih" ini. Iaitu taubat yang boleh mencuci diri mereka setiap kali mereka tergelincir, dan saat unsur tanah lebih menguasainya daripada pada unsur ruh.

Seluruh manusia memerlukan taubat, sesuai dengan kadar kehalusan perasaannya. Perasaan kurang melakukan hak Allah SWT, dan kurang dalam menunaikan hak manusia, serta perasaan perlu akan taubat.



Taubat adalah keperluan individu juga masyarakat, daripada dosa-dosa sosialnya. Seperti tidak menjalankan syari`ah Allah SWT, tidak melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, membolehkan keterlanjangan, minuman keras, riba yang telah diperangi Allah SWT dan Rasul-Nya, keluar daripada persatuan, mengikuti dorongan untuk pecah dan berselisih, loyal kepada selain Allah SWT, atau juga memberi keutamaan kepada musuh-musuh Allah, lemah dan mengajak damai kepada pihak yang sedang terus merampas tanah dan kehormatan umat Islam ......... seluruh hal ini diminta oleh masyarakat agar ia mintakan taubat kepada Allah SWT serta kembali kepada-Nya.

Sebahagian manusia ada yang beranggapan bahawa dosa hanya terhad pada berzina, minum-minuman keras dan sejenisnya. Sementara mereka melalaikan dosa yang lain, seperti dosa yang berkaitan dengan hak-hak manusia, kehormatannya, serta kebebasannya. Atau yang berkaitan dengan pencemaran lingkungan dan merosak kehidupan.

Sebahagian manusia ada yang engkau lihat ia solat di masjid, membaca al Quran, bertasbih setiap hari seratus kali, serta melakukan umrah setiap bulan Ramadhan. Namun demikian, ia melakukan dosa-dosa yang besar, atau turut membantu dosa itu. Seperti pemalsuan hasil pilihanraya, melanggar kebebasan masyarakat, dan hak-hak asasi manusia, menerima suap dengan nama hadiah, memudahkan impor bahan-bahan makanan yang sudah rosak, atau tercemari radiasi, atau daging yang terkena virus, atau memuji pemerintah yang zalim, serta membela mereka di hadapan masyarakat.



Di antara manusia ada yang melakukan pencemaran alam sekitar, merosaknya serta menghancurkannya, dengan cara yang tidak diridhai Allah SWT, Rasul-Nya dan kaum mukminin. Namun ia tidak menganggap itu sebagai dosa dan kemaksiatan yang mesti dimintakan taubat dan istighfar atasnya.

Ramai dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh ramai manusia, dengan tanpa sedar, kerana kebodohan mereka atau hati mereka yang beku, atau tidak mereka melihat. Terutama jika dosa itu adalah dosa batin dan kemaksiatan hati, yang tidak diketahui oleh ramai manusia.



Bahtera penyelamat bagi manusia daripada perkara ini adalah: dengan bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat umum dan menyeluruh, daripada dosa yang ia ketahui dan yang tidak disedari. Kerana dosa yang ia tidak ketahui lebih banyak daripada yang diketahui. Dan ketidak tahuannya itu tidak boleh membebaskannya daripada pertanggungjawapan atas dosa itu, jika ia mempunyai kesempatan untuk mengetahuinya, dan ia berdosa dengan tidak mencari ilmu dan tidak menjalankannya. Dengan itu dosanya menjadi lebih berat lagi. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban: bahawa Rasulullah Saw bersabda:
الشِّرْكُ فِى هَذِهِ الأُمَّةِ أَخْفَى مِنْ دَبِيْبِ النَّمْلِ ، فَقَالَ أَبُوْ بَكْرٍ : فَكَيْفَ الْخَلاَصُ مِنْهُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : أَنْ تَقُوْلَ : اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُبِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

"Kemusyrikan dalam umat ini lebih tersembunyi daripada langkah semut. Abu Bakar berkata: bagaimana menyelamatkan diri daripadanya, wahai Rasulullah Saw ? Rasulullah Saw bersabda: iaitu dengan membaca: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan Mu dan aku mengetahuinya, dan aku mohonkan ampunan atas apa yang aku tidak ketahui dan tidak aku sedari ".

Ini adalah permintaan taubat atas dosa yang diketahui Allah SWT dan tidak diketahui hamba.

Dalam hadith sahih daripada Rasulullah Saw , bahawa beliau berdoa setelah shalat beliau:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى خَطِيْئَتِى وَجَهْلِى ، وَإِسْرَافِى فِى أَمْرِى ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى جِدِّى وَهَزْلِى ، وَخَطَئِى وَعَمَدِى ، وَكُلَّ ذَلِكَ عِنْدِى ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى ، أَنْتَ إِلَهِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

"Ya Allah, ampunilah kesalahanku dan kebodohanku, serta sikap keterlampauanku dalam urusanku. Dan apa yang Engkau lebih tahu daripadaku tentangnya. Ya Allah ampunilah seriusku dan lawakku, ketidak sengajaan dan kesengajaanku, dan seluruh apa yang ada padaku. Ya Allah, ampunilah apa yang aku dahulukan dan apa yang aku mundurkan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku umumkan, dan apa yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau ".

Dalam hadith lainnya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى ذَنْبِى كُلَّه ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ ، خَطَأَهُ وَعَمَدَهُ ، سِرَّهُ وَعَلاَنِيَّتَهُ ، أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

"Ya Allah, ampunilah dosaku seluruhnya, kecil dan besarnya, tidak sengaja dan sengajanya, sembunyi dan terang-terangannya, awal serta akhirnya ".

penyeluruhan dalam doa ini bermaksud agar taubat itu boleh mencakup dosa yang diketahui hamba dan yang tidak diketahuinya.

 Hai orang yang meninggalkan Allah SWT, sudah datang waktunya bagi kamu untuk kembali kepada-Nya
 Hai orang-orang yang lalai akan akhirat, sudah datang waktunya bagi kamu untuk sedar
 Hai orang-orang yang lupa akan kematian, telah datang waktunya bagi kamu untuk mengingat kematian itu
 Hai orang-orang yang mabuk dan cinta dunia, sudah datang waktunya bagi kamu untuk terjaga
 Hai orang-orang yang senang bermain-main, sudah datang waktunnya bagi kamu untuk bersungguh-sungguh
 Hai orang-orang yang terus melakukan maksiat, telah datang waktunya bagi kamu untuk bertaubat.



Bertaubatlah, selama pintu masih terbuka dan belum ditutup, selama kesempatan masih ada sebelum hilang, dan selama masih ada umur sebelum datang ajal:
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلُ رَبِّ لَوْ لاَ أَخَّرْتَنِى إِلَى أَجَلٍ قَرِيْبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِّنَ الصَّالِحِيْنَ * وَلَنْ يُؤَخِّرً اللهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ، وَاللهُ خَبِيْرٌ بِمَا تَعْمَلُوْنَ

"Sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku boleh bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh? Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Ya Allah, berilah taubat kepada kami, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi taubat dan Maha Penyayang, dan ampunilah dosa kami, dan Engkau adalah Maha Agung dan Maha Bijaksana:
رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ، وَمَا لِلظَّالِمِيْنَ مِنْ أَنْصَارٍ * رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِىْ لِلإِيْمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ، رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سّيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ * رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الٍمِيْعَادِ

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tiada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): Berimanlah kamu kepada Tuahnmu, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji".



Catatan dari kitab:
Dr. Yusuf al Qaradhawi - Tuntutan Bertaubat Kepada Allah SWT

Wednesday 2 December 2009

10 Jam Sehari, Mampukah Kita

Peperiksaan semakin hampir. Teman-teman di Mesir hari ini sudah merasai kehangatan peperiksaan yang bakal menjelang bermula 16 Januari 2010 akan datang. Sebulan setengah Satu jangka masa yang panjang. Satu jangka masa yang sangat keemasaan bagi individu pelajar yang tahu erti mahal detik masa yang berlalu.

"Satu Hari 10 Jam Study" adalah satu slogan yang retorik?

Saya sendiri terfikir, mengapa para pelajar agak payah untuk menyambut slogan ini?

Sepatutnya seorang pelajar hanya sepatutnya tidur dalam jangka masa 6 jam sehari. Baik, katakan mereka menyambut seruan ini untuk study sehari dalam masa 10 jam, ini bermakna ada 8 jam lagi buat mereka untuk dihabiskan pada aktiviti-aktiviti yang lain. Persoalannya mengapa masih tidak mahu serius dalam study. Takkan satu hari hanya mahu study sejam sahaja atau 2 jam atau 3 jam? Kalau hanya itu waktu untuk study, saya pasti kawan-kawan tak akan mampu untuk menggondol natijah Imtiyaz ataupun Jayyid Jiddan.




Kesimpulan:

Tidur : 6 Jam
Study : 10 Jam
Aktiviti lain: 8 Jam

Jumlah : 24 Jam


Adakah masih belum cukup 8 jam berbaki untuk kalian habiskan dengan aktiviti buang masa kalian? Takan masih mahu jadi seperti bayi yang tidur berjam-jam.

Kalau masih mahu study hanya 1 jam sehari atau kurang atau hanya 2 jam atau 3 jam atau ...., memang kalian adalah spesis manusia tidak bersungguh dalam Mengejar Pelangi.

Saya harap slogan ini disambut baik oleh kalian semua. satu bulan setengah, satu waktu yang cukup panjang untuk kalian isi dengan aktiviti mentelaah ilmu. Waktu itu terlalu panjang untuk kalian mereka satu status pencapaian ilmu yang baik untuk peperiksaan mendatang.

Semoga berjaya dan bersemangat.

Dipetik dari : http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

Tuesday 1 December 2009

5 Syarat Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
Allahu a’lam bisshawab.

7 Perkara Ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan Muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat Baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah subhanahu wa ta’ala baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Saturday 4 July 2009

SOLIHIN , ULAMA' DAN AULIYA'




Mengasihi para solehin dan alim ulama' adalah antara tanda Iman bersemi di dada . Menyintai mereka bererti menyintai amal yang soleh dan ilmu yang manafaat . Sebaliknya sikap permusuhan dan kebencian yang dihadapkan kepada golongan solehin dan alim ulama' adalah petanda kecelakaan , justeru ia satu bukti bahawa mereka anti ilmu dan anti amal .

Dunia menyaksikan hari ini , dengan sikap kebanyakkan manusia yang cukup rimas dengan kehadhiran ulama' dan para solehin . Tohmahan dan pelbagai nista dilontarkan kononnya para solehin dan alim ulama' ini adalah golongan prejudis yang anti pembangunan dan kemajuan .Mereka turut rasa terbelenggu dengan nasihat dan pedoman para solehin dan alim ulama' . Dada mereka kian sempit sehingga ada yang tergamak secara sinis mengatakan " Kalau ada mereka ( solehin dan ulama' ) semuanya tidak boleh ! itu tak boleh , ini haram”!

Solehin dan ulama' menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan mereka . Kita tidak hairan kiranya yang menangkap dan membunuh ulama' itu ialah orang - orang kafir , tetapi suatu yang amat memilukan rasa , apabila yang menghina , menyiksa dan membunuh ulama' itu ialah orang - orang Islam sendiri .

Sedang sejarah membuktikan para solehin dan ulama' telah membentuk tamaddun dan peradaban manusia bermaruah yang gemilang berasaskan ubudiyyah kepada Allah swt . Mereka adalah golongan yang berhak dikasihi dan dicintai namun tidak bermakna suatu kecintaan yang melewati batas hinngga ke peringkat mentaqdis ( mendewa - dewakan ) mereka . Kecintaan yang membawa kepada pendewaan adalah dilarang tegas oleh syara' justeru mereka bukan orang yang boleh memberi manafaat dan mudharat .

Peringatan Allah kepada Nabi saw . wajar dijadikan panduan .

قل لا أملك نـفسـى نفعا و لا ضـرا إلا ما شـاء الله

“ Katakanlah : Aku tidak berkuasa menarik kemanafaatan bagi diriku dan tidak pula menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah ”

( Al A'raf 188 )





Siapakah Auliya’ Allah .

Sering disebut sebagai wali ialah orang yang memiliki keramat atau suatu yang luar biasa berlaku padanya . Pandangan kelam ini di suluh oleh nur Al quran apabila Allah swt . menegaskan :

ألا إن أولياء الله لا خوف عليهم و لا يحزنون الذين آمنوا و كانوا يتـقون


" Ingatlah , sesungguhnya wali - wali Allah tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati . Iaitu orang - orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa . "

( Yunus 62 - 63 )

Jelas kepada kita , pengertian auliya' yang sebenar . Mereka ialah :

1. Pejuang Islam yang gigih dan tidak gentar kepada ugutan dan ancaman musuh .

2. Mereka yang tidak berasa sempit dada dan hina dengan perjuangan menegakkan ugama Allah .

3. Mereka yang memiliki keyakinan yang tinggi terhadap Allah ( tanpa ragu ) dan mereka menyakini bahawa Islam pasti berjaya .

4. Mereka yang bertaqwa dengan hati tulus , menjaga batas syariat dan menegakkan syiar Ilahi .

Sementara karamah bukanlah hujjah dan syarat mutlak seseorang itu wali . Sebaliknya karamah itu suatu yang biasa dianugerahkan oleh Allah kepada auliya'nya .

Peringatan :
Kejadian yang mencarikkan adat ( luarbiasa ) tidak semestinya diertikan sebagai karamah kerana ia juga sebagai istidraj yang diberikan kepada mereka yang tidak menepati syarat - syarat wali Allah . Ahli sihir , pengamal ilmu bhatin dan seumpamanya sering disinonimkan dengan kejadian - kejadian yang mencarikkan adat ini .

Hanya ilmu dan kefahaman yang jelas dapat membantu kita dari terpesona dengan kejadian - kejadian yang mencarikkan adat sekaligus mengelak diri dari terpengaruh dan terperangkap dalam jerat syaitan .

( I'yadh menceritakan mengenai Al Faqih Abi Maisarah Al Maliki . Pada suatu malam Abu Maisarah bersembahyang dan berdoa dengan penuh khusyu' di mihrabnya , tiba - tiba mihrabnya terbelah dan keluar darinya cahaya yang amat mempesona kemudian berlembaga ceria bagaikan bulan lalu antara lain ia berkata kepada Abu Maisarah : Wajahku yang mengambang wahai Abu Maisarah maka akulah tuhanmu yang maha tinggi , lalu Abu Maisarah meludahi lembaga itu seraya berkata : pergilah semoga laknat Allah ke atas kamu . )

Mengasihi orang - orang soleh , menghormati dan memuji mereka berasaskan amal bakti yang dilakukan oleh mereka adalah merupakan taqarrub kepada Allah . Para Auliya' pula ialah mereka yang disebut dalam firmannya :(yang bermaksud ) orang - orang yang beriman dan mereka bertaqwa . Keramat berlaku kepada mereka dengan syarat - syaratnya yang bertepatan dengan syariat . Serentak itu kita beri'tiqad bahawa mereka tidak berupaya memberi manafaat dan mudharat terhadap diri mereka semasa hayat mereka atau selepas matinya apatah lagi untuk mengurniakan sesuatu terhadap orang lain

Diadaptasi dari blog Ust Nasruddin Tantawi

Wednesday 1 July 2009

APA ADA PADA NAMA






Hakikat sesuatu perkara tidak boleh dilihat hanya pada nama sahaja . Bahkan sesetengah perkara kadang-kadang mempunyai nama atau kulit luaran yang baik tetapi hakikat dan isi sesuatu yang buruk dan merosakkan.Wajib berwaspada dari tertipu dengan perkataan - perkataan dalam semua bidang , dunia dan ugama . ( I'tibar berdasarkan hakikat sesuatu yang dinamakan bukan pada nama ).

Alasan "orang ramai melakukannya" bukanlah suatu pengii'tirafan yang boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal .Penukaran istilah terhadap sesuatu perkara ,tidak boleh menukar hakikat perkara tersebut . Syariat Islam adalah suatu yang jelas ."ما فرطنا فى الكتاب من شئ" Lantaran itu setiap apa yang berlaku harus di ruju' kepada usul dan hakikat perkara tersebut .

Antara muslihat musuh yang licik ialah cuba mengelirukan ummat Islam agar mereka terpedaya dengan menyogokkan pelbagai istilah dan penampilan sedang hakikatnya tetap suatu yang bertentangan dengan syariat .

Contohnya :

1. Minuman keras dengan pelbagai jenama dan iklan yang mempersonakan sehingga orang ramai menganggap ia minuman masa kini yang berenergi dan tidak memabukkan . Sebagaimana yang diperingatkan oleh Rasul Allah saw.

لتستحلن طائفة من أمتى الخـمر باسم يسمونها إياه

" Segolongan dari ummatku akan menghalalkan arak dengan nama lain yang mereka berikan kepada arak tersebut ."

( Riwayat Ahmad )





2. Menghalalkan riba' dengan nama faedah sehingga orang ramai tidak terasa dosa dan salahnya



3. Atas nama budaya dan seni , orang ramai menerima konsert rock seperti konsert Scorpion dan Michel Jackson . Sehingga ada yang berhujjah bahawa konsert itu diadakan di negara kita Malaysia berasaskan Maslahah Mursalah ( المصالح المرسلة ) yang diperuntukkan dalam bab Siasah Syari'yyah .




4. Kebebasan bersuara dan berfikir sehingga lahir suara secara terang - terangan mengkritik perkara - perkara yang tidak selayaknya dalam ugama . seperti mengkritik peribadi Rasulullah saw. dan sebagainya . Pengkritik - pengkritik itu dibela di atas nama kebebasan bersuara dan berfikir .



5. Istilah penerapan nilai - nilai Islam , masyarakat Madani dan Islam Hadhari atau 1001 istilah tetap tidak boleh menghalalkan dan mengiakan pentadbiran atau pemerintahan yang tidak meletakkan Al Quran dan As sunnah sebagai sumber ruju' yang tertinggi dalam sesebuah pemerintahan itu .






6. Pertubuhan - pertubuhan maksiat dan mungkar di atas nama pertubuhan kebajikan .




Kebanjiran istilah yang dipakai tidak seharusnya membuatkan kita terpedaya sebaliknya mesti dilihat secara teliti kepada hakikat sesuatu yang diistilahkan itu .Seperti diberikan Istilah Al Adl ( العدل ) dan Al Ihsan ( الإحسان ) dalam pengurusan ekonomi tetapi ekonomi masih terlingkar di bawah bumbung ekonomi kapitalis , maka ia tetap kapitalis yang bertentangan dengan sistem dan falsafah ekonomi Islam .

Ahli ilmu atau alim ulama' berkewajipan membetulkan keadaan dan salah erti sebegini dikalangan orang ramai .

Diadaptasi dari blog Ust Nasruddin Tantawi

Sunday 28 June 2009

SOAL HATI DAN AQIDAH





Keimanan atau keyakinan yang jitu kepada Allah swt. dan i'tiqad yang sah adalah asas kepada sebarang bentuk amalan . Amalan yang ditunaikan sekalipun teliti dan banyak , tidak memberi erti apa - apa justeru ia tertanggung di atas nilai aqidah . Allah telah mengumum perihal amalan orang - orang yang kufur ( rosak aqidahnya . )


و قدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هـباء منثورا


" Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan , lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan "


( Al Furqan 23 )


و من يرتدد منكم عن دينه فيموت وهو كافر فأولئك أصحاب الـنار هم فيها خالدون


" Dan barangsiapa dikalangan kamu yang berpaling dari ugamanya , lalu ia mati dalam kekafiran , maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni api neraka , mereka kekal di dalamnya . "


( Al Baqarah 217 )


Baginda Rasul saw. dalam orientasi membentuk kader perjuangan ini terlebih dahulu menusuk masuk nilai aqidah kepada para sahabatnya . Berasaskan kekuatan aqidah yang sedia terbentuk itulah Rasulullah saw menyusun strategi pelaksanaan syariat secara menyeluruh mengikut agenda Ilahi. Ammar bin Yaser , Bilal bin Rabah dan lain - lain sahabat rhm. telah membuktikan ketahanan aqidah mereka dan perkembangan gerakan jua amal Islami menyaksikan orang - orang yang telah teruji ini menjadi terajunya .


Kekuatan aqidah mendorong amalan yang berterusan sekalipun melintasi zon - zon sukar dan mencabar . Tidak dinafikan , zaman yang penuh fitnah dan mehnah ini memungkinkan amal Islami dikepung dan terdedah kepada bahaya pemupusan . Dalam kehidupan seharian manusia modern , peruntukkan waktu untuk amal Islami adalah peruntukan yang paling minima . Sebahagian besarnya dilangsaikan untuk kepentingan dunia dan perut .


Aqidahlah yang memainkan peranan sebagai pendesak untuk merealisasikan amal Islami. Seseorang yang beramal banyak tanpa aqidah , amalnya binasa dan orang yang tidak beraqidah umumnya tidak beramal .


Amalan hati


Suatu realiti pula bahawa amalan hati adalah sepenting - penting amalan dengan tidak menafikan pentingnya amalan - amalan anggota kerana hati ibarat ' ibu sawat ' dalam tubuh manusia yang menguasai amalan anggota - anggotanya .


Rasulullah saw. bersabda:


ألا و إن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب


" Ketahuilah bahawa pada jasad itu ada seketul daging , apabila baik ia maka baiklah seluruh jasad dan apabila rosak ia maka rosaklah seluruh jasad . Itulah hati. "


( Bukhari dan Muslim )


Hadis ini adalah isyarat bahawa baik buruknya amalan anggota bergantung kepada baik buruknya pula hati seseorang . Jika hatinya sejahtera tanpa cela, melainkan kecintaan yang tinggi kepada Allah dan senantiasa takut terjebak dalam kemunkaran maka secara automatik anggotanya pula menjadi sejahtera dari kecelaan .


Allah swt berfirman .


قد أفلح من زكاها و قد خاب من دساها


" Sesungguhnya telah beroleh kejayaanlah orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya . "


( Asy Syams 8-9 )


Amalan hati ialah ialah membentuk dan membersihkan hati dengan dihiasi pula oleh sifat - sifat mahmudah seperti :


1. ذكر الله mengingati Allah
2.
اتق الله takut kepada Allah
3. الصبر و المصابرة Sabar menghadapi kesukaran dan desakan nafsu
4. القناعة memadai dengan kurniaan Allah
5. الشكر syukur dengan pemberian Allah

6. الرضا redho terhadap qadha dan qadar Allah .
7. المجاهدة melawan keinginan nafsu
8.
المحاسبة menghisab dan menginsafi diri
9. المعاقبة menghukum diri kiranya melakukan dosa
10. التوبة memohan ampun yang berterusan dari Allah


Amalan -amalan hati ini merupakan kesaktian individu muslim yang mampu mengubati barah hati yang bakal menjerumuskan sesorang itu kelembah neraka Jahannam .




Tanda -tanda ' Barah hati :


1.
اتباع المتشابهة من القرآن

( mengikut ayat - ayat kesamaran untuk mencetus fitnah )


فأما الذين فى قلوبهم زيغ فيتبعون ما تشابه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تأويله و ما يعلم تأويله إلا الله


" Adapun orang - orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan , mereka mengikut sebahagian ayat - ayat kesamaran untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari - cari ta'wilnya padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah . "


( Al Imran 7 )


2.
الـنـفـاق ( munafiq - talam dua muka )


و من الناس من يقول ءامنا بالله و باليوم الأخر و ما هم بمؤمنين يخادعون الله والذين ءامنوا و ما يخدعون إلا أنفسهم و ما يشـعرون فى قلوبهم مرض فزاد هم الله مرضا و لهم عذاب أليم بـما كانوا يكذبون .


" Diantara manusia ada yang mengatakan kami beriman kepada Allah dan hari kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang - orang yang beriman . Mereka mahu menipu Allah dan orang - orang yang beriman , padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sedar . Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah akan penyakitnya dan bagi mereka azab siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta . "


( Al Baqarah 8-10 )


3.
التـمرد على حكم الله و الرسول

( sombong terhadap hukum - hukum Allah dan rasulnya.)


و إذا دعوا إلى الله و رسوله ليحكم بينهم إذا فريق منهم معرضون و إن يكن لهم الحق يأتوا إليه مذعنـيـن أفى قلوبــهم مرض أم ارتــابوا أم يخـــافوا أن يحيف الله عليهم و رسوله بل أولئك هم الـظـالـمون .


" Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasulnya , agar rasul menghukum dikalangan mereka , tiba - tiba sebahagian mereka menolak untuk datang . Tetapi jika keputusan itu untuk kemaslahatan mereka , mereka datang kepada rasul dengan patuh . Apakah ketidak datangan mereka itu kerana dalam hati mereka ada penyakit atau kerana mereka ragu - ragu ataukah kerana takut kalau - kalau Allah dan Rasulnya berlaku dholim kepada mereka ? sebenarnya mereka itulah orang -orang yang dholim ."


( An Nur 48-50 )


4. المسارعة فى موالاة الكافرين ( berkepimpinankan orang - orang kafir )


5. الطمع فى المعصية و الرغبة فيها ( ketagih maksiat )


6. التقاعـس عن الجهـاد ( resah gelisah / rimas terhadap jihad )


Firman Allah swt :

" Dan orang -orang yang beriman berkata , mengapa tiada diturunkan suatu surah ,
و يقول الذين ءامنوا لولا نزلت سورة فإذا أنزلت سورة محكمة و ذكر فيها القتال رأيت الذين فى قلوبـهم مرض ينظرون إليك نظر المغشى عليه من الموت فـأولى لـهم


maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya perintah perang , kamu lihat orang - orang yang ada penyakit didalam hatinya , memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan kerana takut mati dan kecelakaanlah bagi mereka . "


( Muhammad 20 )


Tuntutan supaya disempurnakan kedua -dua amalan ( hati dan anggota ) tetap menjadi tuntutan syara' yang mesti ditunaikan , sungguhpun martabat tuntutan keduanya berbeza .

Diriwayatkan bahawa Lokman Al Hakim telah diarahkan oleh tuannya supaya menyembelih seekor kambing dan diserahkan kepadanya dua bahagian yang paling baik dari kambing itu . Lalu Lokman Al Hakim membawa lidah dan hati . Kemudian diperintah supaya menyembelih kambing yang lain dan dicampakkan dua bahagian yang paling buruk , lalu dicampakkan lidah dan hati .


Maka berkata tuannya , apabila aku mengarahkan kamu bawa dua yang paling baik kamu bawakan lidah dan hati dan apabila aku arahkan kamu buang dua yang paling buruk , kamu buang lidah dan hati . Maka jawab Lokman Al Hakim .Tiada yang paling baik dari keduanya apabila kedua -duanya baik dan tiada yang lebih buruk dari keduanya apabila keduanya buruk .


Aqidah adalah asas kepada amal dan amalan hati lebih penting daripada amalan anggota . Menghasilkan kesempurnaan kepada kedua - duanya dituntut syara' sekalipun berbeza martabat tuntutan itu
.

Antara punca tergugatnya kekuatan dalaman , dalam menangani apa jua masaalah yang mencetus krisis peribadi dan seumpamanya dalam gerakan Islam kini adalah bermula dari kerosakan ' ibu sawat ' nya


Diadaptasi dari blog Ust Nasruddin Tantawi