Pages

Thursday 21 October 2010

Peranan - peranan Naqib



- Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada ahli usrah.

- Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.

- Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.

- Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.

- Memupuk ukhwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.

- Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.

- Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.

- Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah dan sebagainya.

- Menggalakkan ahli usrah menyediakan tabung usrah supaya dapat melatih ahli untuk menderma walaupun sedikit dan wang ini boleh digunakan sewaktu kecemasan dan membantu meringankan beban di kalangan ahli usrah.

- Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.

- Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.

- Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.

- Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment