Pages

Wednesday 10 June 2009

DUNIA



Abdullah bin Mas’ud seorang sahabat yang juga murid setia Rasulullah s.a.w sentiasa berada disisi Rasulullah dimana jua nabi berada. Abdullah bin Mas’ud meneliti dan mencatit setiap apa yang diucapkan oleh Rasulullah serta mengambil pengajaran dari setiap perbuatan Rasulullah. Demikian caranya Abdullah bin Mas’ud menimba ilmu.

Suatu ketika Abdullah bin Mas’ud melihat Rasulullah sedang baring , apabila Nabi bangun ,Abdullah melihat ada kesan jalur-jalur tikar dibelakang Nabi, ini disebabkan tikar alas tidur Nabi diperbuat dari daun kurma yang kasar, maka kesan tikar itu amatlah ketara. Timbullah rasa belas kasihan di hati Abdullah bin Mas’ud. Berkata Ibn Mas’ud: “ Ya Rasulullah sekiranya kamu perintah aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut untuk Nabi nescaya aku akan berusaha mendapatkannya.”

Tetapi Rasulullah s.a.w bersabda yang bermasud: “Bagiku berada didunia ini ibarat seorang yang berjalan ditengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rindang, selepas beristirehat seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan.”




Hadis Nabi itu adalah suatu peringatan terhadap manusia,bahawa kesempatan yang diberikan kepada manusia di dunia ini bukanlah untuk kekal buat selama-lamanya. Sebaliknya dunia hanyalah tempat persinggahan untuk membuat persiapan dan mencari bekalan bagi menghadapi suatu penghidupan yang abadi di akhirat kelak.

Inilah hakikat yang diajar oleh Rasulullah kepda umatnya, tentang kehidupan di dunia ibarat singgah sejenak dibawah sepohon kayu ketika panas sekadar untuk menghilangkan letih atau singgah mencari bekalan. setelah tubuh kembali segar selepas rehat, seharusnya mereka tidak lalai untuk meneruskan perjalanan.

Contoh yang diberi oleh Rasulullah tentang kehidupan di dunia ini amat mudah difahami. Meskipun nabi menyebut ibarat singgah sejenak,tetapi kadang kala manusia menjadi asyik dan terlena, apatah lagi jika pohon tempat berteduh sedang berbuah lebat dan ranum. Berehat sambil memakan buah-buahan, serta hembusan bayu yang nyaman sungguh mengasyikkan.

Walaupunia disebut singgah hanya sekajap, namun ia bergantung kepada umur manusia, lazimnya antara sekitar 60 tahun, iaitu sekitar usia Rasulullah s.a.w jika dibandingkan denagn usia dunia tentulah tidak lama, apatah lagi jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat, yang ukurannya sehari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun hidup di dunia, maka kehidupan yang disebut singgah sebentar di dunia itu hanyalah satu detik yang amat singkat.

Masa yang sangat singkat itu suatu kesempatan yang perlu dihargai. Jika kesempatan itu tidak diisi sepenuhnya untuk menyediakan bekalan, kerna dilaikan dengan kenikmatan mata benda yang tidak seberapa, maka kesempatan kedua tidak akan datang lagi.

Manusia yang dilalaikan dengan kehidupan dunia akan menghadapi penyesalan yang tidak berkesudahan. Di dalam Al-quran telah digambarkan penyesalan orang-orang yang lalai yang maksudnya: Ya tuhan kami. Kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin.”

Demikian sesalan orang-orang yang lalai akan peranan mereka dihidupkan di dunia. Mereka cuba memohon kepada tuhan agar dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal soleh,selapas mereka melihat dengan mata kepala sendiri datangnya hari akhirat, seperti yang dikhabarkan oleh para Rasul semasa di dunia dahulu.

Addunya darul amal, dunia tempat melakukan segala amal atau kerja,dan setiap amalan menurut apa yang telah digariskan oleh para rasul alaihimus-solatu wassalam. Dengan adanya para rasul bagi setiap umat ini berarti manusia telah dibekalkan dengan segala keperluan, sama ada akal, ilmu, aqidah, harta dunia, masa dan tubuh badan.

Manusia mesti beramal atau berkerja bagi menyediakan bekalan hari akhirat. Bekalan akhirat itu bukan sekadar ibadah, sola, puasa,zakat, haji dan sebagainya. Tetapi sebarang urusan yang melibatkan harta dunia seperti bertani, berniaga ,menjadi nelayan, usahawan, pengurusan serta pentadbiran dan seumpamanya. Semuanya akan menjadi urusan akhirat jika ia dilakukan mengukut garis yang ditetapkan oleh syariat.

Visi akhirat bagi manusia bukan sekadar menghubungkan diri dengan Allah s.w.t melalui ibadah-ibadah yang hkusus, tetapi juga mesti melakukan perhubungan sesama manusia, samaada urusan muamalah, kemasyarakatan, kenegaraan dan lain-lain seumpamanya adalah merupakan kepelbagaian dalam menyediakan bekalan akhirat, untuk menempuh suatu perjalanan yang jauh , oleh itu bekalan juga harus berpadanan.

Manusia mesti menggunakan segala peluang yang ada. Masa yang begitu singkat mesti digunakan semaksima mungkin bagi membina kepakaran dan kesungguhan dengan menggunakan modal yang ada iaitu ilmu, akal, tenaga, tubuh badan, harta benda, aqidah dan syariah serta lain bagi menjamin bekalan akhirat dapat dipenuhi.

Demikianlah hakikat dunia yang disebut sebagai addunya darul amal, walakhiratu darul jaza’ dunia sebagai gelanggang melakuakn amal dan segala gerak kerja, sementara akhirat itu adalah negara untuk menerima pembalasan. Jika di dunia yang singkat waktunya ini terlalai dengan kenikmatan yang sementara, dibimbangi bahawa penyesalan akan menunggu di akhirat.

diambil dari buku: Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

No comments:

Post a Comment