Pages

Monday, 20 June 2011

Pengenalan Konsep Usrah (1)



Tonggak kepada gerakan islam ialah usrah. tanpa usrah gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja amal jamaah.

Usrah bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi ia satu majlis yang meningkatkan kometmen kepada islam dan memperjuangkan islam diatas muka bumi ini. usrah juga merupakan majlis yang membincangkan masalah organisasi jamaah. usrah juga berperanan untuk mengamalkan ukhuwah islamiah dalam jamaah. kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya serta tidak memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jamaah.



Pengertian Usrah:
Usrah bermaksud keluarga. dari segi istilah,usrah bermaksud kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah S.W.T, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memehami dan menghayati islam.usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan islam. usrah juga medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati demi memperjuangkan islam. juga sebagai medan penyatuan dan penyelarasan fikrah.
kesimpulannya: usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap dikalangan ahli jamaah untuk melakukan gerak kerja islam yang mencabar. tegur-menegur antara sesama ahli dan budaya saling nasihat-menasihati. mewujudkan sifat tolong-menolong antara ahli jamaah kemanisan berjamaah akan terasa apabila pelaksanaaannya mengikut kehendak usrah.



Matlamat Usrah:
1. membentuk satu generasi yang benar-benar memahami islam, beramal dengan ajaran islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah S.W.T.
2. mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah S.W.T.
3. menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
4. mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran.
5. menjadikan rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
6. supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
7. sentiasa bermulazamah dengan dengan Al-Quran dan Al-Hadith.
8. mewujudkan saf perjuangan yang tersusun rapi dan teguh.
9. melahirkan keikhlasan kepada Allah S.W.T dalam setiap amalan.
10.membentuk peribadi muslim, keluarga islam, masyarakat islam, negara islam dan khilafah islam.
11.merapat ukhuwah dan kasih sayang dikalangan anggota.
12.menghidupkan budaya nasihat-menasihati di kalangan anggota.
13.menanam sikap cintakan agama Allah S.W.T.
14.membuka saluran komunikasi dalam sebuah organisasi (one button mobilisation).
15.menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing dan membahagikan tugas mengikut bakat dan kemempuan ahli.
16.memahami peribadi anggota dengan lebih dekat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment