Pages

Saturday 25 June 2011

Pengenalan Konsep Usrah (2)

Sejarah Usrah:
Bermula pada zaman Rasulullah sallallahualaihi wasallam apabila bilangan yang memeluk agama islam meningkat kepada 30 leleki dan wanita. Rasullullah telah memilih sebuah yang terpencil, iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran islam, tunjuk ajar dan nasihat. seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 oarng lagi memeluk islam. kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat quraisy.



Rukun-rukun Usrah:
Terdiri daripada 3 perkara yang perlu di beri perhatian oleh semua ahli usrah, supaya dapat mencapai tujuan penyertaan ahli dalam usrah. 3 rukun tersebut ialah:
- At-Taaruf (berkenalan)
- At-Tafahum (bersefahaman)
- At-Takaful (bantu-membantu)

1. At-taaruf
Setiap ahli hendaklah berkenalan antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana Allah S.W.T. mereka perlu menyedari dan memahami erti ukhuwah islamiah yang sebenar.Nama, pekerjaan, umur, latar belakang, pendidikan, tempat tinggal, pengalaman hidup perlu dikongsi bersama sehingga masing-masing merasakan setiap anggota adalah sebahagian dari dirinya.



Allah berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُون
bermaksud:Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.



Sabda Rasullullah:
مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى شيئا تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
bermaksud: perbandingan orang-orang beriman dan kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka adalah seperti badan yang satu, apabila mana-mana anggota badan menyadukan hal (sakit), maka seluruh badan akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam.

2.At-Tafahum
Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak, ia penting kerana ikatan tidak dapat dibentuk tanpa persefahaman yang mantap dikalangan anggota. Apabila persefahaman wujud segala teguran dan nasihat akan berkesan, kasih-sayang akan tersemai serta hilang syak wasangka dan hasad dengki.
Nasihat diberi dengan cara yang baik dan penuh kasih-sayang tanpa memendang rendah orang yang dinasihati dan merasa diri lebih mulia atau hebat. Saudara yang menerima nasihat pula tidak berkecil hati, menunjukkan kedegilan dan keras kepala malah berlapang dada dengan teguran dan nasihan itu. ia adalah martabat yang penting dalam ukhuwah bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W:
الدين النصيحة, قلنا لمن يا رسول الله قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
bermaksud: agama itu nasihat. kemudian sahabat bertanya: bagi siapa, Nabi menyambung: bagi Allah, kitabnya, rasulnya, pemimpin-pemimpin umat islam dan manusia keseluruhannya.



3. At-Takaful
Memelihara nasib saudaranya hingga tiada yang terbiar dan terpinggir antara mereka, mereka saling memikul bebanan antara mereka. Ia merupakan tunjang keimanan dan intisari ukhuwah yang sejati.

Sabda Rasullullah:
لئن يمشي أحدكم في حاجة أخيه خير له من أن يعتكف في مسجدي هذا

bermaksud:sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan di masjid ku ini.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan malaksanakan rukun-rukun usrah ini sebaik mungkin. kita mesti saling percaya-mempercayai dan menjaga rahsia ahli usrah. Bagi para naqib dan naqibat pula, laksanakan tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwah islamiyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan pertolongan Allah sentiasa bersama dengan kita.

No comments:

Post a Comment