Pages

Wednesday 29 June 2011

Wanita dan Agama



Di mesir pelajar melayu yang sebelum ini di dominasi oleh pelajar-pelajar pengajian islam dari Universiti Al-Azhar adalah wanita yang merupakan bakal ustazah dan pembimbing masyarakat sentiasa memakai pemakaian yang mengikut adab islam, suasana ini tidak pelik kerana mereka berasal dari sekolah agama. Kemudian kebanjiran pelajar kalangan sains perubatan yang berasal dari aliran persekolahan yang pelbagai telah menukar suasana di negara ini. Suasana anak melayu hampir menyamai universiti-universiti tempatan di Malaysia.

Wanita secara umumnya lebih mementingkan agamanya daripada lelaki, mereka lebih mencintai Allah S.W.T dan Allah mengkhususkan mereka dengan sifat perihatin, lemah-lembut dan penyayang menjadikan mereka lebih dekat dengan fitrah agama islam berbanding lelaki. Jika diperhatikan dan keperihatinan mereka dalam agama lebih berbanding lelaki, mereka lebih bersungguh-sungguh untuk mengikuti agama dan lebih takut kepada balasan seksa di akhirat kelak.

Hakikat ini menjadikan kita percaya bahawa pengaruh kemodenan barat, perang pemikiran dan budaya barat yang cuba untuk merosakkan wanita islam, menanggalkan pakaian yang mengikut syara’ daripada mereka dan meragut budaya islamiah masih belum Berjaya sepenuhnya. Muslimat-muslimat kita masih mempunyai jiwa agama dan dan aqidah islam. Hakikatnya islam masih mempunyai kemampuan untuk memenangi pertembungan ini dengan jihad, perancangan dan bantu-membantu antara seluruh pendokong dan pejuangnya.

Dalam dunia hari ini kita lihat wanita dari pelbagai bidang telah memilih dan beriltizam dengan syariat dan adab islam walaupun berada dizaman yang mana serangan pemikiran dan budaya dari luar dan dalam amat hebat. Kalau kita lihat kepada pelajar universiti sendiri ramai yang sudah kembali kepada agama dan menolak serangan pemikiran dan budaya yang datang.



Pemakaian jubah dan purdah bukanlah perkara pelik sekarang walaupun ia adalah pelik dan ganjil satu masa dahulu. Jika diperhatikan pada wanita yang masih memakai pakaian ala barat yang keluar dari adab islam sekalipun masih menjaga ibadat mereka seperti solat dan puasa, berlumba-lumba menunaikan haji dan umrah serta menunaikan rukun-rukun agama.

Ini bermakna benih agama dalam hati mereka masih belum mati, jika disemai dan dijaga dengan baik akan menjadikannya tumbuh , membesar, berbunga dan berbuah, akan mampu diperolehi hasilnya dalam waktu yang hampir, Insyaallah.

Perubahan dan penghijrahan ke arah kebaikan amat didambakan dari generasi ini untuk membawa dan mendokong kebangkitan islam yang sinarnya makin cerah dan meninggi di seluruh pelusuk dunia.

Sunday 26 June 2011

Pengenalan Konsep Usrah (3)



Pengisian Usrah:
- Solat Fardu secara berjamaah
- Berwirid
- Membaca zikir ma,thurat dan doa
- Membaca Al_quran: menyemak hukum tajwid, tafsir surah dan ayat pilihan
- Huraian Hadis: kefahaman terhadap hadis
- Sirah Nabawiyyah: membaca, mengkaji sirah Rasullullah dan sahabat-sahabatnya



- Fikrah islam: memahami konsep islam dan kewajipan sebagai seorang muslim. Penyampaiannya perlu mengikut tahap kefahaman ahli usrah
- Muhasabah: penekanan terhadap pembentukan akhlak, penyakit hati, ukhuwah, keikhlasan, kematian.
- Perbincangan am:hal-hal berkaitan dengan ahli usrah seperti mengenai fardu ain dan fardu kifayah, masalah semasa ahli, perbincangan hasil kajian dan pembacaan yang ditugaskan, nasihat dan arahan, projek dan aktiviti luar usrah, menentukan usrah akan datang dan membincangkan masalah organisasi.
- Isu semasa:fakta-fakta dan peristiwa setempan, kebangsaan dan antarabangsa, implikasinya terhadap islam, umatnya dan harakah serta peranan yang harus kita mainkan
- Bersurai: tasbih kifarah dan Surah Al Asr
- Aktiviti tambahan:
.rehlah atau lawatan ketempat bersejarah dan sebagainya
.sukan dan perkelahan
.berpuasa dan berbuka bersama
.sembahyang berjamaah bersama (waktu-waktu tertentu)
.berqimullail bersama



* Manhaj usrah di setiap peringkat berbeza-beza, naqib dqn naqibat wajib mengikut manjah yang telah ditetapkan jamaah untuk pelaksanaan usrah
* Naqib perlu memahami sifat dan tahap setiap ahli usrahnya supaya usrah itu dapat mencapai matlamat dan objektifnya.

Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Nukilan: A Samad Said

Saturday 25 June 2011

Pengenalan Konsep Usrah (2)

Sejarah Usrah:
Bermula pada zaman Rasulullah sallallahualaihi wasallam apabila bilangan yang memeluk agama islam meningkat kepada 30 leleki dan wanita. Rasullullah telah memilih sebuah yang terpencil, iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran islam, tunjuk ajar dan nasihat. seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 oarng lagi memeluk islam. kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat quraisy.



Rukun-rukun Usrah:
Terdiri daripada 3 perkara yang perlu di beri perhatian oleh semua ahli usrah, supaya dapat mencapai tujuan penyertaan ahli dalam usrah. 3 rukun tersebut ialah:
- At-Taaruf (berkenalan)
- At-Tafahum (bersefahaman)
- At-Takaful (bantu-membantu)

1. At-taaruf
Setiap ahli hendaklah berkenalan antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana Allah S.W.T. mereka perlu menyedari dan memahami erti ukhuwah islamiah yang sebenar.Nama, pekerjaan, umur, latar belakang, pendidikan, tempat tinggal, pengalaman hidup perlu dikongsi bersama sehingga masing-masing merasakan setiap anggota adalah sebahagian dari dirinya.



Allah berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُون
bermaksud:Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.



Sabda Rasullullah:
مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى شيئا تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
bermaksud: perbandingan orang-orang beriman dan kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka adalah seperti badan yang satu, apabila mana-mana anggota badan menyadukan hal (sakit), maka seluruh badan akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam.

2.At-Tafahum
Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak, ia penting kerana ikatan tidak dapat dibentuk tanpa persefahaman yang mantap dikalangan anggota. Apabila persefahaman wujud segala teguran dan nasihat akan berkesan, kasih-sayang akan tersemai serta hilang syak wasangka dan hasad dengki.
Nasihat diberi dengan cara yang baik dan penuh kasih-sayang tanpa memendang rendah orang yang dinasihati dan merasa diri lebih mulia atau hebat. Saudara yang menerima nasihat pula tidak berkecil hati, menunjukkan kedegilan dan keras kepala malah berlapang dada dengan teguran dan nasihan itu. ia adalah martabat yang penting dalam ukhuwah bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W:
الدين النصيحة, قلنا لمن يا رسول الله قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
bermaksud: agama itu nasihat. kemudian sahabat bertanya: bagi siapa, Nabi menyambung: bagi Allah, kitabnya, rasulnya, pemimpin-pemimpin umat islam dan manusia keseluruhannya.



3. At-Takaful
Memelihara nasib saudaranya hingga tiada yang terbiar dan terpinggir antara mereka, mereka saling memikul bebanan antara mereka. Ia merupakan tunjang keimanan dan intisari ukhuwah yang sejati.

Sabda Rasullullah:
لئن يمشي أحدكم في حاجة أخيه خير له من أن يعتكف في مسجدي هذا

bermaksud:sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan di masjid ku ini.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan malaksanakan rukun-rukun usrah ini sebaik mungkin. kita mesti saling percaya-mempercayai dan menjaga rahsia ahli usrah. Bagi para naqib dan naqibat pula, laksanakan tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwah islamiyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan pertolongan Allah sentiasa bersama dengan kita.

Monday 20 June 2011

Pengenalan Konsep Usrah (1)



Tonggak kepada gerakan islam ialah usrah. tanpa usrah gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja amal jamaah.

Usrah bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi ia satu majlis yang meningkatkan kometmen kepada islam dan memperjuangkan islam diatas muka bumi ini. usrah juga merupakan majlis yang membincangkan masalah organisasi jamaah. usrah juga berperanan untuk mengamalkan ukhuwah islamiah dalam jamaah. kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya serta tidak memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jamaah.



Pengertian Usrah:
Usrah bermaksud keluarga. dari segi istilah,usrah bermaksud kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah S.W.T, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memehami dan menghayati islam.usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan islam. usrah juga medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati demi memperjuangkan islam. juga sebagai medan penyatuan dan penyelarasan fikrah.
kesimpulannya: usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap dikalangan ahli jamaah untuk melakukan gerak kerja islam yang mencabar. tegur-menegur antara sesama ahli dan budaya saling nasihat-menasihati. mewujudkan sifat tolong-menolong antara ahli jamaah kemanisan berjamaah akan terasa apabila pelaksanaaannya mengikut kehendak usrah.



Matlamat Usrah:
1. membentuk satu generasi yang benar-benar memahami islam, beramal dengan ajaran islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah S.W.T.
2. mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah S.W.T.
3. menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
4. mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran.
5. menjadikan rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
6. supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
7. sentiasa bermulazamah dengan dengan Al-Quran dan Al-Hadith.
8. mewujudkan saf perjuangan yang tersusun rapi dan teguh.
9. melahirkan keikhlasan kepada Allah S.W.T dalam setiap amalan.
10.membentuk peribadi muslim, keluarga islam, masyarakat islam, negara islam dan khilafah islam.
11.merapat ukhuwah dan kasih sayang dikalangan anggota.
12.menghidupkan budaya nasihat-menasihati di kalangan anggota.
13.menanam sikap cintakan agama Allah S.W.T.
14.membuka saluran komunikasi dalam sebuah organisasi (one button mobilisation).
15.menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing dan membahagikan tugas mengikut bakat dan kemempuan ahli.
16.memahami peribadi anggota dengan lebih dekat.

Adakah Perkataan " Kalaulah Tidak Kerana Nabi Muhammad S.A.W Maka Allah Tidak Akan Menciptakan Semua Mahkluq" dibenarkan?




Asal kepada lafaz2 seseorang itu tidak membawa makna yang berlawanan dengan aqidah muslim, tidakboleh kita mengatakan kafir, fasik, sesat dan bid'ah. Sesungguhnya keislaman seseorang itu adalah tanda yang kuat keatas akidahnya, tidak boleh kita melihat kata-kata seseorang itu secara zohirnya sahaja sehingga kita menghukum dia sebagai kafir atau fasiq. Itu adalah qaedah umum yang mesti difahami supaya tidak menghukum orang lain dengan apa yang kita dengar, sebagai contoh seseorang muslim mengakui bahawa Nabi Isa boleh menghidupkan orang mati, tetapi ai berlaku dengan izin Allah bukan dengan kekuasaannya sendiri. seorang keristian mempercayai Nabi Isa boleh menghidupkan orang mati juga, tetapi menggunakan kekuasaannya sendiri. oleh itu, walaupun kita mendengar seorang muslim dan seorang keristian mengatakan lafaz yang sama " aku percaya Nabi Isa boleh menghidupkan orang Mati" tetapi maksudnya berbeza mengikut i'tiqad masing-masing.

adapun ayat yang terdapat didalam persoalan diatas tidak membawa kepada makna syirik secara zahir atau pun batin. jika seseorang beri'tikad sesungguhnya Allah menciptakan makhluk kerana makhluk yang lain tidaklah menyebabkan seseorang itu keluar dari islam dan menjadi kafir, walupun i'tikadnya bersalahan dengan realiti.

Tetapi kata2 "kalaulah Tidak Kerana Nabi Muhammad S.A.W maka Allah tidak Akan Menciptakan Semua Mahkluq" bukan bermaksud begitu. kata2 ini tidak berlawanan dengan islam, aqidah dan asas tauhid bahkan mengukuhkan dan menyokongnya jika difahami secara yang betul.
Allah Taala berfirman:


bermaksud: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Maka merialisasikan ibadah adalah hikmah kejadiaan makhluk, ibadah tidak akan terjadi tanpa orang yang beribadah dan sebaik2 yang beribadah adalah Nabi Muhammad S.A.W,ayat ini menceritakan tentang jin dan manusia sahaja, bagi makhluk2 lain Allah Taala berfirman:


maksudnya:Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.

kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah sebaik2 manusia dan manusia yang paling sempurna.

Jadi kata2 diatas adalah bersesuaian dengan aqidah muslim dan tidak mengeluarkan penuturnya dari agama ini. wallahutaala a'la waa'lam.